SAHABAT,MAAFKANKU !!!
Butir-butir
jernih gugur membasahi pipiku setiap kali menatap gambar dua orang wanita yang
tersenyum keriangan. Pandanganku lebih tertumpu pada seorang wanita yang
bertudung labuh dan mempunyai lesung pipit,terpancar keikhlasan dalam
senyumannya. Manakala wanita disebelah adalah diriku yang ketika itu sedang
mencari-cari keikhlasan dalam persahabatan. Kedua-dua wanita dalam gambar itu
berpakaian seragam sekolah berwarna biru.
Gambar yang diambil ketika berada di tingkatan
dua itu telah melalui kehidupanya selama tiga tahun. Tersembunyi di dalamnya
seribu satu rahsia persahabatan. Tidak mampu ditafsir dek kata-kata,tidak mampu
diterjemah dek penglihatan hanya mampu diolah oleh kenangan. Persahabatan yang
dibina lebih lapan tahun menuntut pengorbanan yang jitu dalam diriku dan Ema.
Peristiwa lama yang masih segar di mandala
fikrahku sengaja diasah-asah. Suka duka pahit getir melalui lautan api
persahabatan mewarnai kenagan kami, sahabat sehati sejiwa. Menjadi sahabat
kepada Nur Fatimah adalah kenangan yang terindah dalam kehidupan aku. Mempunyai
sahabat sehebat Ema mewujudkan perasaan bangga dalam sanubariku.
Mencerna sikap aku yang tidak ketentuan,mohon kesabaran
dalam diri Ema yang dibelenggu zarah-zarah dugaan. Tetapi, tidak pernah sekali
pun rungutan terluah dari bibir. Malah,hanya senyuman sentiasa menghiasi wajah
yang selalu berseri. Bertapa kuatnya hati seorang insan bergelar sahabat umpama
pasir ditepian pantai. Sanggup dipijak demi memberi keindahan kepada pantai,dan
sanggup merasai masin air laut.
Terasa lagi susah senang kami membentuk
persahabatan yang kukuh,tetapi sekelip mata telah hancur disebabkan sikapku
yang terburu-buru. Peristiwa hitam yang telah berlalu hampir tiga tahun
menyebabkan aku dihuni rasa bersalah sehingga ke hari ini. Bertapa kecilnya
kesabaran ku ketika itu jika
dibandingkan dengan Ema.
Ema telah menjadi anak yatim ketika berumur
tujuh tahun lagi. Ayahnya telah meninggalkan mereka sekeluarga setelah
memporak-perandakan kehidupan mereka. Sejak itu,Ema hanya bergantung pada
ibunya. Kehidupan mereka sekeluarga amat susah umpama kais pagi makan pagi,kais
petang makan petang tanpa nafkah dari seorang ayah. Mereka hidup sebatang kara
tanpa saudara mara terdekat.
Dugaan yang diterima belum berakhir apabila
doktor mengesahkan ibunya menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).
Walaubagaimanapun,dia tidak pernah menganggap itu sebagai bebanan,malah
menganggap itu sebagai ujian Allah S.W.T. Ema pernah memberitahu aku yang Allah
tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu menghadapi ujian itu.
Kata-kata itu sentiasa ku ingat apabila berasa tertekan dengan sesuatu masalah
yang menimpa.
Semasa ibu Ema menderita penyakit itu,Ema
tidak pernah mengabaikan tanggunggjawabnya sebagai anak. Dia sentiasa menjaga
makan,minum dan pakai ibunya. Dalam menjaga keperluan ibunya,kewajipannya
sebagai hamba Allah dan pelajar tidak sesekali dilupakan. Sikap Ema umpama
mengikuti puteri Rasulullah,Saidatina Fatimah Az-Zahra yang taat kepada ibu
bapa.
Selepas enam minggu,suratan takdir telah tertulis,ibu Ema pergi menghadap
Ilahi. Tetapi disaat aku melihat wajah Ema,wajahnya nampak tenang bagai tiada
apa yang berlaku. Walaupun wajahnya nampak tenang,aku tahu jauh disudut
hatinya,kesedihan yang ditanggung hanya Tuhan saja yang tahu.
Setelah kematian ibunya,dia hanya tinggal
bersama adik-adiknya.Ema terpaksa mengambil upah sebagai pekerja sambilan di
warung Pak Hassan iaitu bapa saudaraku untuk menyara hidup mereka sekeluarga.
Hari demi hari berlalu dengan kesusahan bagi Ema,tetapi dia tetap tabah. Sehinggalah kami mencecah umur empat belas
tahun,aku dan Ema telah mengikuti seminar-seminar untuk pengawas-pengawas
sekolah. Pada akhir seminar itu,aku dan Ema telah mengambil gambar sebagai
kenangan menggunakan kamera canon yang dihadiahkan ayah kepadaku. Itu merupakan
gambar pertama kami dan aku tidak menyangka itu juga adalah gambar kami untuk
yang terakhir.
Seminggu berlalu dengan penuh kegembiraan
setelah kami diiktiraf sebagai salah satu pengawas yang paling bertanggunggjawab
dan cekap apabila menjalankan tugas. Seramai sepuluh orang pengawas telah
terpilih,dan pengawas yang terpilih wajib mengikuti Kem Pengawas-Pengawas
Harapan di Terengganu. Cikgu disiplin,Cikgu Ahmad memberitahu setiap pengawas
yang mengikuti, harus membayar wang sebanyak lima puluh ringgit sebagai yuran
kem.
Suatu hari,aku membawa wang sebanyak
seratus ringgit untuk membayar yuran kem aku dan Ema. Demi Ema aku sanggup
memecahkan tabung kesayanganku. Tiba-tiba aku panik,kerana wang yang aku bawa
tidak dapat dikesan. Terasa diriku bodoh kerana menyimpan wang tersebut di
dalam beg semasa waktu rehat. Sah-sahlah akan ada yang panjang tangan mencurinya.
Tetepi siapa? Aku bergegas mencari cikgu Ahmad untuk memaklumkan hal yang telah
berlaku. Ema ? Aku tidak nampak kelibatnya ketika dia meminta diri untuk
ketandas sewakatu rehat tadi. Ahh!! Adakah dia ? Syaitan laknatullah sedang
berusaha membisikkan rasa was-was ke telingaku untuk mencurigai sahabat
sendiri.
Sewaktu kelas matapelajaran Bahasa Melayu,
seorang guru disiplin dan tiga orang pengawas datang untuk membuat sportcheck.
Ema gelabah. Aku dengan tenang memberitahu wangku telah hilang dan semoga
pencurinya dapat ditangkap. Aku sangsi dengan gerak-geri Ema,dia seperti gelabah
dengan sportcheck yang dilakukan.
Apabila tiba giliran beg Ema,seorang
pengawas telah terjumpa sampul duit raya berwarna hijau yang mengandungi
seratus ringgit. Sah !itu milikku. Air mataku menitis kecewa. Aku terlalu
sayangkan persahabatan ini,tapi mengapa kau tergamak mengkhianatinya? Harapkan
pegar,pegar makan padi. Kami dipanggil ke bilik disiplin,cikgu Ahmad
melontarkan pelbagai persoalan dibenaknya. Dia tidak menyangka pengawas harapan
mencuri wang sahabat baik sendiri. Tiba-tiba aku dan cikgu Ahmad tersentak
apabila Ema melutut dihadapanku,memohon kemaafan. “Ayu maafkan saya,saya
mengaku saya yang curi. Tapi,saya terpaksa,sa....” Belumpun sempat Ema
menghabiskan kata-katanya,aku terlebih dulu memotong. “Sudahlah Ema,tergamak
awak buat saya macam ni,saya menyesal kawan dengan awak!”
Bunyi loceng menandakan tamatnya waktu
persekolahan. Sedari tadi aku terdiam. Aku mengelak berhadapan dengan Ema.
Benarlah kata Syazana sebelum ini,bahawa Ema berkawan dengan ku hanya keranaku
anak orang berada. Tetapi mengapa aku merasakan keikhlasan Ema benar-benar
tulus ketika kami mengharungi dugaan
persahabatan? Aku menjauhi Ema. Aku perasan kehadiran air matanya,yang menitis
mungkin kerana kekesalan. Aku mencebik.
Aku melajukan langkah kakiku untuk melintas
jalan. “Ayu! Ayu! Tunggu saya!” Jerit Ema. Aku melintas tanpa menoleh kanan dan
kiri dahulu kerana ingin melarikan diri daripada Ema. Tiba-tiba, tubuhku
terdorong ke depan. Semuanya berlaku dengan pantas. Dummm ! Aku berpaling dan
melihat Ema terbaring sambil berlumuran darah di atas jalan raya.
Rupa-rupanya,Ema yang menolakku. Aku
pantas menghampirinya. Di tangan kanannya menggenggam sepucuk surat yang hampir
merah keseluruhan akibat terkena darah yang mengalir seperti air sungai. Di
telinganya,aku tidak henti mengucapkan kalimah syahadah supaya dia boleh
mengikutinya. Akhirnya,Ema menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan ku.
Air mataku menitis lebat.
Aku membuka surat yang ditulis oleh Ema.
Aku sebak! Sempat lagi dia menulis menulis surat untukku. Kalaulah masa boleh
diundur,akanku dengar semua penjelasanya. Sekarang nasi sudah jadi bubur. Aku
menatap hasil tulisan tangan Ema. Hatiku sempat memuji hasil tulisannya yang
kemas dan cantik.
Ayu,maafkan
saya,terima kasih serana sudi jadi sahabat saya selama ini. Jadila seorang
manusia dan hamba Allah yang berguna kepada insan lain. Sebenarnya tadi saya
ingin memberitahu awak,tapi awak taknak dengar penjelesan saya sampai habis.
Syazana ugut saya,jika saya tidak mengaku yang saya mencuri duit awak,dia akan
mencederakan awak. Demi Allah! Saya terpaksa melakukannya. Andai ini surat
terakhir saya pada awak,sudi-sudilah awak menjenguk adik-adik saya ya. Sungguh!
saya sangat sayang awak. Saya harap awak maafkan saya. Assalammualikum......
Surat itu dilipat. Sekali lagi air
mataku jatuh lebat. Semua yang berlaku hari ini adalah rancangan jahat Syazana
yang cemburu dengan persahabatan kami. Aku tidak menyangka,masih ada manusia
yang busuk hatinya. Aku tidak mengambil tahu hal Syazana. Biarlah dia dihukum
setimpal dengan apa yang dilakukanya.
Lamunanku terhenti apabila ibu
memanggilku. Aku mengelap air mata yang jatuh. Jika sekarang arwah Ema masih
ada,pasti tahun ini kami akan mengambil ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pasti kami merupakan pelajar harapan sekolah untuk mendapat A dalam semua
matapelajaran. Adik-adik Ema juga telah berjaya mendapat keputusan cemerlang
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Aku tahu Ema pasti bisa tersenyum dengan kejayaan adik-adiknya. “Nur
Fatimah...” Aku menyeru namanya, sungguh aku merinduinya! Al-fatihah ku
titipkan buatnya agar rohnya tenang di alam sana. Sungguh!kau tiada
galang-gantinya, Ema!

No comments:
Post a Comment